Wednesday, 14 March 2018

"Pinjaman Peribadi Boleh Jadi Hutang Baik Kalau Pandai Guna," Perunding Kewangan Ini Beri Tips Urus Pinjaman Peribadi Yang Betul



14 Mac - Pinjaman peribadi atau Personal Loan adalah satu jenis pinjaman yang dibuat oleh individu untuk melangsungkan perkahwinan atau menyelesaikan perkara-perkara peribadi.

Duit pinjaman peribadi ini bebas kepada peminjam untuk buat apa sahaja, sama ada membeli aset seperti tanah dan sebagainya.

Seorang perunding kewangan, Muhd Farid telah berkongsi menerusi akaun Facebooknya untuk cara-cara untuk menjadikan pinjaman peribadi anda satu hutang yang baik jika pandai untuk digunakan.



PERSONAL LOAN - SKILL 1
====================

Personal loan boleh jadi hutang baik kalau pandai gunakan.

Contoh :

Encik Abu seorang goverment servant. Berumur 30 tahun. Beliau baru selesai membuat Personal loan sebanyak RM 200,000 dengan tempoh 10 tahun dengan bulanan sekitar RM 2000/bulan.

Duit itu di gunakan dengan membeli 3 buah hartanah dalam pasaran subsale dan lelong.
Advertisement

1 buah hartanah beliau sewakan sekitar RM 700/bulan.
3 buah hartanah beliau menjana RM 2100/bulan.

Bayaran bank - RM 2000
Hasil sewaan - RM 2100
Lebihan tunai - RM 100/bulan

Cukup 10 tahun, hutang beliau selesai.

Encik Abu mempunyai :

 3 buah hartanah tanpa hutang yang nilainya mungkin meningkat sekali ganda = RM 400,000
Cashflow RM 2100/bulan

Tempoh persaraan goverment servant - 60 tahun

Umur 30 - Apply Personal Loan RM 200k
Umur 40 - Apply Personal Loan RM 200k
Umur 50 - Apply Personal Loan RM 200k

3 x pusingan beliau menggunakan kemudahan Personal loan, pada umur 60 tahun, beliau mempunyai :

9 buah hartanah tanpa hutang
Aset bersih yang bernilai hampir RM 1 juta 
Cashflow sekitar RM 6300/bulan (duit belanja setiap bulan ketika pencen)

Andaikata isteri Encik Abu juga seorang goverment servant dan mengikut jejak langkah si suami,

Pada umur persaraan 60 tahun, hasil mereka :

18 buah hartanah tanpa hutang
Aset bersih yang bernilai hampir RM 2 juta
Cashflow sekitar RM 12,600/bulan (boleh pergi umrah setiap bulan)

Ini baru menggunakan strategi Personal loan, belum menggunakan Housing loan dan Gov loan, bertuahnya pekerja goverment kalau tahu macam mana untuk menggunakan kemudahan yang di berikan.

Nota : Status ini bukan menggalakkan buat Personal Loan tapi memberi idea bagaimana untuk menggunakan Personal Loan dengan bijaksana.

Disclameir : Bayaran bulanan mungkin berbeza mengikut kadar interest semasa.

SHARE dan Tag pasangan jika rasa bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Close