Thursday, 22 March 2018

Kisah Benar, sampai nya hati kau memeluk dan mencium betina lain dengan tangan dan mulut yg sama kau memeluk dan mencium aku




Assalamualaikum admin. Hide profile saya ya. Terima kasih admin
Selalu baca kisah2 rumahtangga diduga dgn org ketiga, x sangka jadi pada diri sendiri, tepat pada batang hidung sendiri. Sungguh bila seseorg lelaki berjaya, punya pangkat dan harta lupa segalanya, lupa isteri yg susah senang bersamanya waktu dia tak punya apa. Sakit yg teramat sgt bila aku xde tempat untuk meluahkan, malu untuk menceritakan pada ayah dan mama, mengadu pada allah SWT pn keadaan diri masih xmengizinkan, aku pendam biarlah menjadi dendam. Jgn dibuat main dendam seorang isteri wahai suami, ya syurga seorang isteri dibawah tapak kaki kau, tp apa guna kalau ada suami yg lupa tanggungjawab, lupa anak bini bila tergila2kan betina lain.
kau curang saat aku mengandungkan dan melahirkan anak kau, kau tgk sendiri anak kau keluar dari rahim aku tp masih juga kau sanggup menduakan. aku kuat sbb anak, kalau aku lemah kot2 dh meroyan. saat aku berpantang kau langsung xdpt mengawal nafsu kau, sampai nya hati kau memeluk dan mencium betina lain dgn tangan dan mulut yg sama kau memeluk dan mencium aku dan anak. Anak baru nk kenal dunia, anak masih terlalu kecil utk melalui semua ni, sampainya hati seorang ayah. semua dosa kau anak yg tanggung, ada hikmah kenapa Allah SWT beri sakit utk anak kita, bila anak yg hanya berusia sebulan lebih disahkan dijangkiti jangkitan kuman dlm otak, baru terbongkar segala kecurangan kau, baru kau ingat kau ada anak.
yg lebih menyakitkan aku, gmbar kau memeluk dan mencium betina tu yg aku dpt disaat aku penat lelah bermggu2 dlm hospital menjaga anak, subhanallah, xterkeluar air mata menahan sedih dihati. sampai nya hati seorang suami. betul kata org, lebih 10tahun perkenalan xmenjamin apa2, xmenjamin kebahagiaan di alam rumahtgga, perkahwinan kita pn baru sahaja dibina, besar sungguh dugaan utk seorang isteri, sakit melahirkan anak masih aku rasa sampai ke hari ini. kau lupa hidup kau senang sekarang disebabkan aku, aku yg bersusah payah menolong kau sehgga kau dpt capai cita2 kau utk bekerja dlm unit beruniform, xsampai setahun kerja kau dh rasa kau besar, kau rasa kau hebat dgn kuasa yg ada.
tp kau lupa, undang2 pekerjaan kau ada hak utk seorang isteri, kalau aku adu pada atasan, kau pasti dikenakan tindakan tatatertib sbb aku ada segala bukti atau mgkin kau dibuang kerja. ikutkan hati, aku nk tgk kehancuran hidup kau, aku nak kau duduk tersungkur meratapi nasib. bila memikirkan utk bercerai, aku kesiankan anak, aku xnk anak sekecil ini membesar tanpa ayah, aku sggup merayu melutut pada kau utk kau kembali pada aku, aku maafkan segalanya, aku lupakan segalanya, aku bg kau peluang tp kau makin membenci, makin menjauh, pandang muka aku pn kau jijik, mcm aku yg bersalah dlm hal ni, aku cuba menyelamatkan kembali rumahtgga kita, satu kata maaf pn lgsung xkeluar dr mulut kau, kejamnya kau wahai suami.
waktu diajak berbincang utk penyelesaian, kau menangis marahkan aku kata aku selalu mcg kau yg bukan2, ya aku mengaku salah tp jgn salahkan mulut aku yg jahat, aku hnya meluahkan rasa hati, sbb kau lgsung xde masa utk aku dan anak, lgsung tidak call dan mcg bertanyakan anak, langsung xdtg jumpa aku dan anak. kau kata kau kerja, rupanya dgn betina. kau kata aku punca segalanya, knp tidak menegur kesalahan aku, knp tidak membetulkan kesalahan seorg isteri? kau yg pendam rasa seorg diri, sbb tu kau memilih utk buang aku sebagai isteri tp aku tau itu hanya alasan, kau mencari betina lain utk kau puaskan nafsu kau, dasar lelaki.
aku tau satu hari nnt psti kau yg akn balik pada aku wlau aku terpaksa melalui hari2 sukar tanpa kau. ya aku bodoh sbb masih sygkan kau, masih merindui, masih berharap kau kembali pada aku dan anak. hari ke hari aku rasa kuat utk bangkit, tp ada msa aku rasa kecewa yg teramat, tp kalau aku terus lemah siapa yg nk menjaga anak, aku redha apa pn takdir hidup aku selepas ni. aku haramkn kau jumpa anak lg, aku xnk kau peluk cium anak lg, aku benci, tp hakikatnya anak sgt perlukan kita, anak perlukan doa dr ibubapa, anak sgt perlukan kau saat ni. Allah SWT dgr doa org yg teraniaya, semoga kau diberi balasan atas dosa2 kau pda aku dan anak.
Terimakasih kerana sudi membaca, Jika kalian ditempat sy apa yg kalian akan lakukan ? sesiapa pembaca warga krt yg tau atau ada pengalaman melalui atau mendengar, suami atau kawan yg bekerja dlm unit beruniform (*siapa yg bekerja dlm unit ni akn tau pekerjaan suami sy) yg dikenakan tindakan tatatertib atas sbb kecurangan ? sy ada bukti gambar dan mcg2 dr betina tu, apa yg perlu sy lakukan seterusnya ? apa procedure atau step2 yg harus dilakukan utk memberi pengajaran kpd suami ? berilah kata2 yg membina, sy tidak memerlukan kecaman. Terimakasih

No comments:

Post a Comment

Close