Kebanyakan kes viral di media sosial dan pergaduhan hingga bertumbuk antara satu sama lain melibatkan salah laku di atas jalan raya. Antara kes yang terkenal satu masa dulu ialah kes kakak stereng lock, wanita mengamuk kerana kereta dikunci pengawai MPSJ dan kes pengguna motosikal parkir di ruang pejalan kaki OKU.
Malah kesalahan parking juga antara kesalahan paling annoying pernah rakyat Malaysia buat hingga mengakibatkan pergaduhan besar. Berikut kami senaraikan lima kesalahan parking selalu rakyat Malaysia lakukan yang boleh bawa bergaduh.
1. Parking dekat petak motosikal atau OKU
Dah terang lagi bersuluh kawasan parking ada label penunggang motosikal atau pemandu OKU, yang hang parking juga dekat situ pasaipa?! Kesian dekat penunggang motosikal dengan OKU tau. Terpaksalah dorang beralah dengan pemandu yang cacat otak macam ni
2. Double park tapi tak tinggal nombor telefon atau angkat handbrake
Kes macam ni selalu jadi dekat kawasan flat atau mana-mana tempat yang padat dengan orang. Nak double park tak salah tapi kenalah jadi pemandu yang bertanggungjawab kan. Ini tidak! Dengan nombor telefon tak tinggal lepas tu siap tarik handbrake, mana tak hangin orang yang kereta kena block tu
4. Main ‘chop’ waktu kawan buat U-turn untuk masuk petak parking
Punyalah berebut nak dapatkan parking, ada sejenis pemandu yang sanggup langgar undang-undang asalkan hajat di hati tercapai. Dorang ni berlagak berani dengan pandu lawan arus untuk parking kat kawasan seberang jalan. Harap-harap janganlah ada pemandu yang ikut perangai macam ni sebab bahayakan pemandu lain tau! Buat susah orang je lah!
Haa yang ni paling sakit hati! Boleh bawa bertumbuk tau kalau jumpa spesis macam ni. Bayangkan kalau korang terjumpa petak parking kosong, tiba-tiba datang entah siapa tahan kereta korang dari masuk. Alasan dia mudah je. Dia tengah ‘chop’ parking tu untuk kawan atau family members yang tengah buat u-turn. Eh suka hati plak dia nak main chop chop!
Menurut AskLegal, cop parking kat orang lain ni sebenarnya ada disebut dalam Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1976 dan memang satu kesalahan jenayah.
“Sesiapa, melainkan pihak yang berkuasa, berada di mana-mana jalan atau tempat letak kenderaan atas tujuan untuk mengganggu orang lain kerana menjaga atau membersihkan kenderaan, atau untuk mengarahkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan seperti itu atau tempat seperti itu, individu boleh disabitkan kesalahan melanggar undang-undang.”
Maknanya, orang yang tolong cop parking memang masuk kategori ni lah cite dia. Yang offer nak bersihkan kereta korang tu pun termasuk sekali lah. Penalti untuk kesalahan ni masuk bawah Seksyen 119, so siapa yang bersalah tu boleh kena denda RM2000 atau 6 bulan penjara.
Kesalahan berulang pulak boleh kena denda sampai RM4000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Haa so tak payah lah nak cop-cop parking kat kawan korang lagi dah lepas ni eh.
So apa korang boleh buat kalau ada orang duk tercegat halang korang masuk petak parking? Bukan acah-acah nak langgar dorang sampai dorang pergi dari situ ataupun record and viralkan dorang, tapi beberapa cara ni:
- Hantar mesej Whatsapp pasal semua details kejadian yang korang ada kat 011-51115252
- Boleh hantar emel kat aduantrafik@jpj.gov.my
- Call je 03-8886-6412
5. Jangan sangka parking yang kosong takde si ‘Kancil’
Jangan tipulah, mesti semua pernah tertipu dengan si Kancil ni kan? Kadang-kadang kereta Viva pun sama! Dah lah penat ntah berapa kali tawaf kawasan basement parking tu, sekali nampak petak kosong punyalah excited. Bila dah dekat rupa-rupanya ada Kancil. Cis!
Apa lagi pengalaman korang selain dalam list ni? Kongsi dengan kitorang dekat ruangan komen…
No comments:
Post a Comment