Kisah Sebenar Di Sebalik Video Tular Makcik Bawang .. Memang Kisah Itu Bukan Rekaan
PETALING JAYA: Istilah ‘makcik bawang’ semakin sebati dalam kalangan netizen apabila mereka bercerita sesuatu isu atau perkara di media sosial.
Ia dikaitkan dengan aktiviti mengupas bawang beramai-ramai, yang mana tangan khusyuk mengupasnya dan mulut pula tidak berhenti bercakap sambil asyik bercerita mengenai hal-hal sekeliling termasuk mengata orang lain.
Selepas istilah itu tular, kini tersebar pula beberapa video animasi ‘makcik dan pakcik bawang’ berdasarkan senario yang berlaku dalam masyarakat hari ini.
“Hai Piah bila nak kahwin ni, amboi… jadi anak dara tua baru hang tau. Eh piah, kamu tu dah ada isi ke belum. Lama benar nak tunggu kamu mengandung.
“Sorang je anak, sorang je? Cukup ke? Dua je anak kamu? Tambahlah lagi, ramai-ramai barulah seronok.
“Ramainya anak kamu Piah, kamu ni mengandung beranak mengandung beranak, apalah kamu ni?,” demikian dialog ‘makcik-makcik bawang’ dalam salah satu posting animasi yang menggunakan aplikasi telefon pintar, yang dimuat naik seorang jurusolek di laman sosial.
No comments:
Post a Comment