Menjadi kawan yang baik bukanlah sesuatu yang merugikan. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan kelak.
1. Pastikan mereka baik-baik saja apabila anda rasa sesuatu yang tidak kena. Bertanya kepada mereka samada mereke berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja atau tidak.
2. Dapat membezakan masa yang sesuai untuk menjadi serius atau kelakar.Sentiasa peka dengan perasaan dan emosi kawan.
3. Jangan berputus asa untuk menolong mereka apabila mereka berada dalam kesusahan. Mereka tidak mungkin akan melupakan jasa baik anda.
4. Memahami dan menghormati antara satu sama lain. Jangan panggil kawan anda dengan nama panggilan yang tidak disukai.
5. Bersikap jujur dan konstruktif apabila diperlukan. Jadilah seorang yang boleh memberikan pandangan yang baik.
6. Perkenalkannya kepada orang lain.
7. Jangan berbual tentang perkara yang mereka tidak suka. Dapat mengelakkan mereka menjadi “moody”
8. Belajar untuk meminta maaf antara satu sama lain. Buang ego adalah satu cara untuk mengekalkan persahabatan.
9. Luangkan masa bersama mereka. Jangan abaikan mereka walaupun anda berada dalam keadaan sibuk.
10. Sentiasa berhubung antara satu sama lain. Walaupun anda mempunyai kawan yang baru.
No comments:
Post a Comment