Wednesday, 21 March 2018

Kisah seram dari asrama PLKN...


# Kisah 2
Kisah ini pula berlaku pada aku dan seorang kawan aku, panggil kawan aku ni Shahir (nama samaran). Aku cuba ringkaskan kejadian itu. Kisahnya hari itu aku tertinggal dompet kat dorm. Jadi aku pun meminta kebenaran dari ustaz untuk pergi ambil dompet aku yang tertinggal itu. Shahir pula bagi alasan tertinggal tag nama, padahal dia saja je nak ikut aku.
Tanpa membuang masa, aku dan Shahir pun pergilah ke asrama untuk ambil dompet aku. Dalam perjalanan itu, kami berdua terserempak ada seorang pelatih PLKN yang lain. Dia pun tengah berjalan menuju ke arah asrama. Aku dan Shahir ikut je pelatih tu dari belakang.
Masa tengah berjalan tu, aku terperasan yang dia ni berjalan sambil kepala tunduk je ke bawah. Tapi aku dan Shahir buat tak tahu jelah, lantak dia lah kan nak jalan macam-mana pun. Masa kami dah nak sampai ke dorm, kami perasan yang dia pergi ke arah belakang tandas. Belakang tandas tu takda apa-apa, cuma dipenuhi dengan semak-samun.
Aku dengan si Shahir ni dah mula pelik apahal pulak dia pergi ke situ. Bukan ada apa-apa pun, lagi pun kat situ adalah kawasan larangan. Sebab tak nak berfikir yang bukan-bukan, aku cepat-cepat masuk dorm dan ambil dompet aku yang tertinggal itu. Lepas tu, aku keluar balik. Kawan aku, Shahir tak masuk ke dalam sebab dia malas nak buka kasut. Jadi, dia duduk kat luar je.
Lepas dah siap ambil dompet, aku dan Shahir pun berjalan menuju ke surau sebab Isyak dah nak masuk waktu. Ketika itulah tu aku nampak si pelatih tadi yang aku nampak jalan sambil menunduk dan pergi ke belakang tandas yang penuh dengan semak-samun tu elok je ada dekat luar surau. Aku pun terus cakap dekat Shahir, “Weh Shahir, tadi bukan ke dia pergi ke belakang tandas? Macam-mana dia boleh ada kat sini?”
Lalu Shahir pun menjawab, “Ha, ah. Tu yang aku pun dok fikir pasal tu, pasal apa dia boleh ada kat sini pulak? Pelik betul.” Ini kerana memang mustahil untuk pelatih tadi tu nak keluar dari semak-samun dan pergi ke surau, sebabnya kawan aku Shahir tu duduk kat luar dorm dan dorm aku betul-betul depan tandas. Jadi jika pelatih tadi tu keluar dari belakang tandas, memang Shahir boleh nampak dia dan jalan nak ke surau tu pula ada satu jalan yang kami lalu tu je.
Tidak ada jalan lain untuk pelatih tadi tu pergi. Jadi persoalannya, siapa pelatih yang kami nampak pergi ke belakang surau itu tadi? Dan siapa pula yang ada di depan surau sekarang ni? Rupa-rupanya selepas daripada kejadian itu, baru aku dapat tahu yang budak pelatih itu ada pedamping atau saka keturunan keluarga dia. Benda itu ikut dia ke kem PLKN ini untk jaga dia.
Selepas itu, aku ada juga dengar-dengar cerita yang kawan-kawan aku yang lain pernah nampak dia ni suka bercakap sorang-sorang, lagi-lagi pada waktu tengah malam. Dia ni memang selalu menyendiri je dekat sini. Dia jenis pendiam dan tidak ada kawan. Tapi yang aku tahu, dia ada dekat kem PLKN ni sekejap je. Tak sampai satu bulan lepas tu, dia dikeluarkan dari kem. Atas sebab apa dia dikeluarkan, aku sendiri pun tak pasti.

No comments:

Post a Comment

Close