Tuesday, 27 March 2018

Single terbaru Kilafairy Popular Di Papua New Guinea 9:55 PG





Meskipun karier nyanyiannya agak kurang menyerlah di Malaysia tetapi siapa sangka single terbaru anak perempuan Rohana Jalil iaitu Kilafairy yang bertajuk ‘Put The Word In’ akan berjaya menjadi terkenal di luar negara.

Lagu yang mengandingkan Kila dengan DJ Aku Ash serta penyanyi antarabangsa, Sean Kingston itu bukan sahaja telah mendapat jumlah tontonan hampir satu juta di YouTube tetapi lagu itu juga turut berjaya menduduki kedudukan pertama carta iTunes di Papua New Guinea. Wow~



Malah, Kila turut memuat naik ucapan terimma kasihnya kepada Papua New Guinea atas pencapaian yang diterima oleh lagunya itu di akaun Instagram-nya, @kilafairyofficial.

Tidak dinafikan lagu ‘Put The World In’ itu mempunyai muzik yang sangat ‘catchy’ malah, muzik videonya juga lain daripada yang lain. Selain Kila, DJ Aku Ash dan Sean Kingston, muzik video yang dimuat naik pada 16 Febuari lalu itu turut menampilkan Izara Aishah, Altimet dan Joe Flizzow.Harap dengan pencapaian terhebat lagu ‘Put The Word In’ itu di Papua New Guinea, Kila dapat membuat persembahan di negara itu. Apa pun, all the best diucapkan buat Kilafairy. Mari kita layan lagu ‘Put The Word In’ dahulu..




No comments:

Post a Comment

Close