Tuaran: Seramai 64 murid tadika dan lima guru terpaksa menangguhkan kelas selepas kemunculan sepasang ular cincin kuning yang mengawan di belakang tadika itu di Taman Putrajaya Telipok di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, kelas terpaksa ditangguhkan sejam sebelum disambung semula selepas haiwan itu ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Guru tadika, Artini Duraman, 36, berkata, kehadiran ular itu disedari beberapa murid selepas melihat reptilia berkenaan menjalar di pagar belakang tadika.
“Kami segera mengumpul murid dan membawa mereka ke hadapan tadika sementara menunggu pasukan APM tiba,” katanya.
No comments:
Post a Comment