Tuesday, 20 March 2018

Awak Tengoklah Lah Isteri awak Nie, Nak Juga Bersanding Sorang-Sorang,'' Isteri Tabah Suami Tak Dapat Pelepasan Cuti Pada Hari Perkahwinan




Bergelar ''raja sehari'' antara hari yang paling membahagiakan untuk setiap pasangan. Memakai busana kahwin yang cantik, dilayan bak raja dan puteri, tipulah kalau sesiapa pun tak rasa teruja menanti hari bersejarah ini.

Persiapan semua sudah dibuat. Namun, apabila hari yang ditunggu-tunggu tiba, boleh bayangkan tak kalau anda terpaksa bersanding seorang diri tanpa kehadiran pengantin lelaki? Fuhh, mesti rasa sedih kan.

Seperti kisah pengantin baru ini yang terpaksa bersanding dengan diri sendiri. Aduhai sedihnya, kerana suami tidak mendapat pengecualian daripada latihan bomba. Dapat pula tahu minit terakhir ! Tetap semangat wanita ini. Walaubagaimanapun majlis tetap berjalan lancar dan meriah dengan sokongan keluarga yang lain.


Masa ceq masuk jaa balai, masa ni semua tamu pandang ceq yunk .. semua tertanya-tanya kenapa ceq seorang? mana ang pi ?! 

Sampai laa pengacara tu habaq, ang Sedang Berkhidmat UNTUK NEGARA .. sebagai anggota bomba, di #akademibombawakaftapai terengganu .. kerana pelepasan ang dibekukan pada minit terakhir .. ceq pun tatau dah Apakah yang ceq masa rasa tu .. 

Lepas tu ceq tengok muka abah dan ummi, DEPA senyum kat ceq .. ceq kuatkan semangat tuk berjalan kat depan Orang Ramai sampai laa Ke Meja beradap .. 

Percayalaa yunk, ceq terasa ang ada bersama disisi. terima kasih kerana semua ni kita sama-sama belajar untuk cekalkan hati masing-masing!




No comments:

Post a Comment

Close