Tuesday, 27 March 2018

REENA TERPIKAT SIKAP ROMANTIK AMAN GRASEKA




MODEL dan pelakon baharu, Reena Areena mengakui terpikat dengan sikap suaminya, Aman Graseka, 51, yang romantik dan penyayang.
Malah, selebriti berusia 29 tahun ini mengakui perbezaan umur yang jauh bukanlah satu halangan buat mereka.
“Alhamdulillah, saya senang dengan sikap dia. Keluarga saya juga begitu. Dia seorang yang romantik dan penyayang.
“Bagi saya, usia bukanlah satu masalah besar. Apa yang penting, kami dapat membina persefahaman yang baik,” katanya pada Sinar Harian.
“Dalam bercinta, saya suka wanita yang lebih muda, sebolehnya belum mencecah usia 30 tahun kerana ia memberikan cabaran dalam perhubungan. Cabaran itu membuatkan cinta tidak mudah pudar dan membosankan.
“Disebabkan itu, saya mengelak daripada menjalin cinta dengan wanita matang kerana pada saya, hubungan itu kurang rencah dalam mewarnai hidup,” katanya.
Aktor yang kembali menjadi bualan ramai apabila membintangi drama 7 Hari Mencintaiku itu sebelum ini, mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu dan memiliki cahaya mata, Nurdayini Ashiqah, 19.
Aman berkata, pada usia 50 tahun, sudah tiba masa untuk dia memikirkan semula soal jodoh.
“Saya mula terfikir untuk mencari wanita yang boleh menjaga makan minum dan sakit pening saya apabila hari tua nanti.
“Kuasa Allah mempertemukan saya dengan Reena ketika menjalani penggambaran drama Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production Sdn Bhd pada April lalu di Perlis.

Secara jujur, saya sudah malas mencari jodoh tetapi, apabila bertemu Reena, hati saya memang terpaut. Biarpun masih muda, dia boleh mengikut rentak saya. Perbezaan usia selama 22 tahun juga tidak menghalang kemanisan dalam perhubungan kami.

No comments:

Post a Comment

Close