Wednesday, 17 February 2016

Silap haribulan Malaysia jadi Banglasia!!





MUNGKIN agak keterlaluan jika dikatakan Malaysia akan bertukar nama menjadi Banglasia disebabkan kebanjiran lebih 5 juta pekerja Bangladesh sedia ada di negara ini sama ada yang berdaftar atau tidak, dan ditambah lagi dengan 1.5 juta orang yang akan dibawa masuk.



Tapi gurauan ini adalah satu peringatan kepada pihak kerajaan agar menyelesaikan masalah dan kebimbangan rakyat dengan cara terbaik.

Admin tidak bersetuju dengan pendekatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar belia Malaysia melakukan kerja-kerja ‘kotor’ jika tidak mahu pekerja Bangladesh masuk Malaysia.

Ia menunjukkan kelemahan Zahid sendiri yang tidak mengetahui hakikat bahawa peluang pekerjaan itu sebahagiannya telah pun diisi oleh rakyat negara ini.

Turunlah tengok masyarakat bawahan, tengok sendiri siapa yang bekerja memotong rumput di jalan raya, membersihkan longkang dan sebagainya. Ada orang kita!

Admin juga hairan mengapa Zahid yang mengambil pentas menjawab segala persoalan berkaitan pekerja Bangladesh ini.




Mana pergi menteri yang lain? Adakah kerana adik Zahid dikatakan terlibat dalam urus niaga import pekerja asing, maka Zahid yang perlu menjawab?

Dalam soal keperluan mendesak industri terhadap pekerja asing, rakyat tidak tahu secara terperinci. Bukan kerana tidak mengambil tahu, tetapi tiada penerangan tuntas mengenai perkara ini.

Sebaiknya, ambillah pekerja tempatan. Jika orang tempatan tidak berminat, kaji dahulu apakah faktornya. Tak boleh kita terus menghukum semua rakyat tempatan tidak suka kerja-kerja 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous).

Mungkin disebabkan tawaran gaji rendah dan kurang manfaat seperti elaun dan kebajikan. Mungkin juga dari sudut persepsi dan imej yang menampakkan kerja itu kurang menarik, akhirnya tak ramai yang berminat

No comments:

Post a Comment

Close