Tuesday, 20 March 2018
Tanggal 1 Rejab, Penyanyi Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Anak Perempuan
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada jam 8.17 pagi tadi.
Siti melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Melalui kenyataan yang dibuat pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti, 39, dan bayi berada dalam keadaan baik. Ketika ini, hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat.
Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.
"Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi," katanya yang turut menemani isteri kesayangannya itu di pusat perubatan berkenaan.
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.
Buat sementara waktu, Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu dan akan memgumumkan mengenai nama dan wajah anak mereka kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment