Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Tempat tersebut dipercayai telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus. Kompleks tersebut juga masih utuh dan wujud sehingga sekarang kerana tidak ada sesiapapun yang mampu merobohkan bangunan misteri tersebut. Tetapi telah berjaya memperbaharui bangunan yang terbengkalai sejak sekian lama itu menjadi sebuah pusat membeli belah yang agak besar bermula pada 28 November 2017.
Admin juga sudah menjejakkan kaki di Kemayan City a.k.a Paradigm Mall sebelum pelancaran pembukaan mall tersebut 😂 jadi admin dah rasa suasana sebelum kemeriahan kedai2 baru dibuka dan kesunyian sebelum kedai2 tersebut dibuka 😶
Pada mulanya sebelum masuk ke dalam mall itu rasa takut dan bermacam2 imaginasi hantu *mcm cerita hantu yang kita tgok dkt movie* ditambah pula dengan kisah2 seram dan misteri yang pernah terjadi di dalam bangunan tersebut.
Admin beranikan diri jugak masuk ke dalam mall tersebut. Bila masuk tempat parking, masih rasa takut 😅 kerana sebelum pelancaran pembukaan diadakan, tempat parking dia masih tak ramai orang dan pada admin masih seram lagi suasana tempat parking tu 😓
Jalan masuk ke dalam mall okay laa. Tapi admin okay sebab jalan ramai2. Jadi perasaan takut tu masih boleh dikawal. Orang cakap kalau kita terlalu takut, 'benda' tu suka nak kacau kita. So saya pun buat2 berani je laa. Walaupunnnnn..... 😨
Dalam mall rasa okay laa sebab ada orang ramai berkeliaran. Hahaha. Tapi, yg buat spoil tu. Kawan saya pulak ajak teman pergi toilet. So saya pum teman je dgn rasa takut jugak 😁 masa tu toilet yang boleh guna cuma satu je. Toilet dekat belakang kedai perabot level 2. Tu pun cuma toilet OKU. Nak jalan daripada luar kawasan kedai2 tu ada laa dalam 5 - 10 minit nak sampai ke toilet. Dekat toilet pulak masih dlm keadaan construction dengan lampu malap 😩 admin rasa macam nak masuk toilet OKU tu sekali dengan member tu. Tapi nnti orang cakap admin kaum sejenis pulak 😂😂😂
Tapi bagi admin yang dah lalui suasana kesunyian dan kemeriahan Paradigm Mall tu, admin rasa okay laa kalau nak pergi cuci2 mata sambil mengeluarkan duit. Tapi jangan bayar pakai daun pulak 😂 yang manusia tu jadi manusia je. Jangan jadi hantu 👻💀👻💀
Okay laa. Sekian daripada admin. Joget sikit 💃💃
No comments:
Post a Comment