Wednesday, 21 March 2018

Fenomena Ekuinoks Bakal Melanda Utara Semenanjung Minggu Ini Dengan Suhu Cecah 40 Darjah Celsius




Kedah dan Perlis antara negeri yang bakal mengalami fenomena ekunoks atau keadaan dimana matahari yang menegak di atas garisan khatulistiwa.

Ekuinoks merupakan satu fenomena astronomi apabila kedudukan matahari sejajar dengan garisan khatulistiwa sehingga menjadikan bumi berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.

Pertukaran posisi matahari dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan menyebabkan suhu bumi meningkat selain jangka masa siang dan malam menjadi sama iaitu selama 12 jam.

Fenomena ini dijangka berlaku pada 20 hingga 23 Mac dan seterusnya pada 22 September akan datang. 
kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Leong Yong Kong berkata suhu semasa Ekuinoks boleh mencecah antara 38 hingga 40 darjah Celsius.

"Semua pusat kesihatan, klinik dan Jabatan Kesihatan negeri akan sentiasa berwaspada dan peka dengan situasi berkenaan."

"Golongan berisiko seperti kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun, warga emas, pesakit kronik dan ibu mengandung diingatkan agar tidak terlalu terdedah di bawah cahaya matahari."

"Mereka perlu meminum air masak secukupnya selain berpakaian tidak terlalu tebal."

"Selain itu, elakkan daripada meminum minuman beralkohol."

"Sementara itu juga, orang ramai khususnya pesakit kencing manis, warga emas dan remaja turut diminta untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dengan cuaca panas melampau itu."


Fenomena ekuinoks ini turut dialami Thailand yang dijangka mencatat suhu 46 darjah Celsius, Myanmar, 46 darjah dan Kemboja denga 42 darjah Celsius.

No comments:

Post a Comment

Close