Thursday, 15 March 2018

Amalkan ''Diet Pisang'' Je, Gadis Ini Hilang 27Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja, Wajib Cuba Untuk Anda Yang Tekad Mahu Kurus





Kurus cara sihat hampir kedengaran mustahil bagi kebanyakan wanita atau lelaki yang bertubuh besar. Kalau berpandukan pada teori, semuanya kedengaran mudah. Namun untuk melaksanakannya, pasti menuntut disiplin dan dedikasi yang tinggi.

Jika sudah terbiasa dengan minuman berkarbonat, snek ringan atau manisan, sudah tentu besar cabaran yang terpaksa dipikul jika anda tekad untuk menguruskan badan. Itu baru gula. Belum lagi disuruh mengekalkan tabiat bersenam seminggu sekali dan memakan makanan yang berkhasiat.

Perkongsian oleh  Sophia Safian boleh dijadikan sumber insirasi buat wanita lain untuk mendapatkan berat ideal. Dari berat 90 kg hingga berjaya mencecah 63 kg, wanita ini berjaya mengurangkan sebanyak 27 kg dalam masa 3 bulan sahaja. Wow, hebat dan boleh dijadikan ikutan untuk anda.

Menariknya, dia mengamalkan diet pisang untuk mengurangkan rasa lapar. Jenis pisang yang digunakan adalah jenis Cavendish, dan paling sesuai dimakan ketika berdiet. Pisang ini bertindak sebagai sumber energi kerana kandungan karbohidrat sederhananya cukup untuk mengganjalkan perut anda.

Untuk lebih jelas, jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !

NI BUKAN IKLAN PRODUK KURUS!

Sapo sini yang badan jenis rangka besar & tinggi (163cm) macam hakak ce ngaku . Tak pe babe, jangan susah hati kalau dah beranak lebih dari 3 orang kalau berat badan cecah 90kilo ke atas pun,

"KALAU NIAT & SEMANGAT NAK KURUS RAYA TAHUN 2018, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH ! TAK NAK JANGAN BUAT TERUS"

DALAM TEMPOH 3 BULAN NI hakak dah berjaya loose dari waist 34 to 31 inch, dari 90 kilo to 63 kilo, next TARGET waist 30 inch, berat 60kg.





No comments:

Post a Comment

Close