Saturday, 10 March 2018

[Video] ‘Girl! You’re so mean’ – Netizen dakwa Neelofa sindir Fazura di Instastory




“Ai? Masih tak boleh move on ke sampai sindir menyindir?” demikian kata netizen yang mendakwa seorang pelakon dan usahawan wanita menyindir Fazura di Instagram.
Terdahulu, Fazura memuat naik video di Instastory yang meminta kek batik yang dihidangkan dipotong atau dia enggan menyambung penggambaran yang sedang dijalankan.
“Kalau I tak dapat makan kek ini, I tak nak sambung shooting. Dahlah dengan demam-demam macam ni. Nasib baik ada Sherry. You potong sekarang, kalau tak I tak nak possing,” kata Fazura dalam video tersebut.
Sementara itu, Neelofa yang dipercayai berada di Taiwan bagi menjalani penggambaran iklan telefon bimbit memuat naik video di Instastory semalam.
“Neelofa Shawl and Turban, tak boleh start shoot kalau tak pakai ni,” katanya yang menyebabkan dua orang individu dalam video berkenaan ketawa.

“Girl! You’re so mean!” kata lelaki di belakangnya.

Netizen di media sosial terkejut dan mendakwa Neelofa menyindir Fazura secara terbuka.
“Selepas mendapat tahu motif sebenar video ini, terus rasa menyampah dengan Lofake ini. Nampak nau hati dia hitam dan penuh dengan jealousy. Pi mampos Lofake! You messed with Fazura, you messed with me. Terus tak suka Hajjah Lofake!” kata @FizzZoule.
“Dia perli Fazura. Semalam masa shooting dengan Fattah Amin, Fazura up Instastory kata tak boleh start shooting kalau tak ada kek batik. Then tiba-tiba hajjah ni buat juga story nak perli. Pergi Taiwan pun hati tak bahagia. Sian Lofake.
“Aku dulu macam okey saja la kan Lofa ni, but this one too obvious dia ni sebenarnya tak tenang. Hahaha! Dia fikir dia berjaya sangat, tu yang ego. Berjaya sangat pun kalau tak happy and jealous dengan orang lain tak guna weh,” katanya.



Tergamam kami melihat rakaman video seorang individu bernama Anne Zuraini yang bertindak membakar tudung Neelofa kerana terlalu berang dengan wanita itu. Aksi beliau juga turut disiarkan secara live di Facebook milik beliau.
“Saya sangat kecewa dengan kamu, Lofa. Ini bukti saya bukan beli dari pasar borong ke, pasar malam sekalipun. Paper bag kamu pun saya simpan lagi Lofa. Resit pun ada tapi dah kabur, anak tudung pun ada”
“Ini yang saya selalu pakai Lofa, saya suka sangat yang ni,” katanya di dalam video yang dirakam secara live sambil membakar tudung jenama Naelofar Hijab tanya protes dengan tindakannya baru-baru ini.
Bagaimanapun tindakan wanita itu dikecam hebat oleh netizen yang berpendapat ianya membazir serta tidak merugikan Neelofa, sebaliknya dirinya. Kekal mempertahankan tindakannya, wanita itu tampil menjelaskan, tidak mahu membawa ‘nama’ Neelofa ke merata tempat.



Baru-baru ini ketika nama Neelofa hangat diperkatakan, memang heboh juga kampen boikot nama serta jenama tudungnya itu. Tapi tidak sangka pula ada yang berani bertindak sedemikian. Memang nekad betul kakak ni! 

No comments:

Post a Comment

Close