Thursday, 8 March 2018

Terkini: Bumi Sabah Digegar Gempa 5.2 Skali Richer






KOTA KINABALU 8 Mac - Satu gempa bumi berukuran 5.2 skala Richer melanda Ranau pada kira-kira pukul 9.06 malam ini.

Gempa bumi yang berpunca dari dalam tanah pada kedalaman kira-kira lima kilometer itu menyebabkan kesemua daerah di pantai barat Sabah merasai gegaran antara lima hingga 10 saat.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih mendapatkan maklumat lengkap tentang kejadian itu, namun mengesahkan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Dalam pada itu, Sarawak Edition melaporkan penghuni di Angkasa Apartment KK terpaksa bergegas keluar dari rumah mereka susulan gegaran yang dirasai.


No comments:

Post a Comment

Close