EMPAT unit pam di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) di Ijok, sukar dibaiki dipercayai akibat kekurangan tenaga pakar dalam Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
Pengurus loji itu, Azman Abd Aziz berkata, operasi pembaikan itu perlu dilakukan secara berkala dan tidak boleh disiapkan sepenuhnya dalam tempoh singkat.
Namun, menurutnya, pam nombor tiga yang mengalami kerosakan pada injap sudah dibaiki sepenuhnya, manakala pam nombor lima yang didapati rosak sejak Disember 2016 sedang dibaiki.“Bagi pam nombor lapan yang mengalami kerosakan ‘bearing’ pada Januari lalu ia gagal berfungsi sepenuhnya manakala pam nombor empat yang rosak sejak Mei 2017 belum dapat dibaiki kerana membabitkan masalah kos,” katanya ketika ditemui di loji itu.
No comments:
Post a Comment